Wednesday, 23 January 2019

What happen to our body when we drink coffee

Biasanya orang yang sukakan minum kopi adalah mereka yang meminati bau dan rasa yang bold atau maksudnya, mereka mempunyai personaliti yang berani

Sebut sahaja Starbucks, Mc Cafe, The Coffee Beans mahupun Costa Coffee, siapa sahaja akan terus kenal dengan nama-nama ini. Premis inilah yang menyediakan secawan kopi yang sedap dan aroma yang sangat disukai ramai. 




Tapi tahukah apa yang akan berlaku jika kita minum kopi? Bagaimana reaksi kopi terhadap diri kita? Mood kita mahupun appetite kita?

Kopi mengandungi khasiat tersendiri malah aromanya juga sangat wangi. 

Pertama, kopi akan menjadikan badan kita terjaga atau ertinya kita akan bertenaga dan susah untuk mengantuk. 

Kedua, kopi mempunyai khasiat yang dapat mengurangkan selera makan, maksudnya boleh kuruskan berat badan lah ye kan? 




Ini kerana kopi boleh meningkatkan metabolisma dalam badan. Tapi kalau masih rasa lapar lepas minum kopi tu, sebab memang betul-betul lapar kot!

Kopi juga sangat berkhasiat kerana dapat mencegah rasa kemurungan. Apabila badan berasa lesu, kopi yang diminum akan membuatkan badan bertenaga dan memberikan kesan kepada mood anda. Jadi kemurungan akan hilang malah anda juga akan berasa semangat. Say no to stress!




Namun, perlu diingatkan, minum kopi berlebihan akan memberi kesan,
contohnya apabila anda kerap ke Starbucks, duit poket akan berkurang, maka berhati-hatilah ye! 

Hihi

No comments:

Post a Comment